Berita SemasaHiburan

Imuda kini bergelar Datuk

PULAU PINANG – Pelakon, pelawak, dan pelukis terkenal, Imuda, kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, semalam.

Imuda, atau nama sebenarnya A Rahim Muda, adalah antara 103 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri.

Imuda berkata, beliau amat bangga menerima anugerah itu.

“Selepas 40 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, inilah masa dan saat untuk meraikan kejayaan,” katanya kepada media.

Beliau berkata, anugerah itu bukan sahaja untuk dirinya, tetapi untuk seluruh anak seni di Pulau Pinang.

Kerjaya Imuda bermula sebagai pelukis dengan syarikat penerbitan tempatan sebelum menyertai Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karya-karyanya telah diterbitkan dalam Gila-Gila, Berita Minggu, dan Gelihati.

Sepanjang kariernya, Imuda telah membintangi puluhan filem popular seperti Mekanik, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Gelap, Mat Som, dan banyak lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button