Berita SemasaPM X

Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan beri peruntukan tambahan RM100 juta kepada Felda

SERDANG – Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta kepada Felda bagi menampung kos pengoperasian ladang susulan penyasaran subsidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas mengambil kira implikasi kewangan tambahan FELDA sebanyak RM121.6 juta setahun akibat kenaikan harga diesel.

“Langkah ini diambil bagi memastikan pendapatan peneroka FELDA tidak sama sekali terkesan

“Pada masa yang sama, Kerajaan telah menyediakan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan, termasuk pekebun kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam ucapannya semasa merasmikan sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan juga bersetuju untuk meluluskan peruntukan RM31.7 juta kepada 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani)

Jelas beliau, penglibatan Felda dalam SejaTi Madani telah merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.

“Komuniti diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan; jahitan dan kraftangan; herba dan kesihatan; pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.

“Untuk itu, kerajaan berbesar hati meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda. Saya berharap inisiatif ini akan memberi impak positif kepada komuniti Felda,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button