Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Sebar maklumat dalaman: Pelawak, isteri dibebaskan dengan jaminan

SHAH ALAM – Seorang pelawak dan isterinya yang ditahan polis berkaitan penyebaran maklumat dalaman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam akan diberikan jaminan polis selepas tempoh reman mereka berakhir hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan, bahawa pasangan tersebut akan dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan lanjut akan diteruskan.

“Selain itu, siasatan tatatertib juga akan dijalankan terhadap isterinya yang merupakan anggota polis,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa pelawak dan isterinya direman selama dua hari untuk membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam melalui aplikasi Telegram. Telefon bimbit mereka turut dirampas untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya yang berumur 37 tahun ditahan di Balai Polis Seksyen 9 pada pukul 7 malam kelmarin.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram mengenai penulisan yang berkaitan dengan IPD Shah Alam serta penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button