[VIDEO] NTW2024 tawar 25,000 kursus percuma – Steven Sim
CYBERJAYA – Sebanyak 25,000 kursus latihan kemahiran percuma tersedia buat rakyat Malaysia sempena Minggu Latihan Kebangsaan 2004 (NTW2004) bermula semalam hingga 30 Jun.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, program anjuran HDR Corp yang diadakan secara maya dan fizikal ini merupakan kesinambungan kepada program sama yang diadakan pada tahun lepas.
@malaysiatribune KESUMA tawar 25,000 kursus kemahiran sempena National Training Week. Ada kursus yang berharga ribuan ringgit ditawarkan secara percuma stevensim kesuma kementeriansumbermanusia madani kerajaanperpaduan kemahiran tvet
“Sepanjang program ini, sebanyak 25,000 kursus percuma ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia.
“Ada banyak kursus ditawarkan buat pelbagai golongan termasuk kanak-kanak, antaranya kursus pembangunan permainan ‘Roblox’ dan pengekodan robotik,” kata Steven dalam satu video di laman X miliknya.
Penganjuran NTW2024 ini bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia melalui pelbagai inisiatif yang menyeluruh bagi membolehkan rakyat memainkan peranan aktif memajukan pertumbuhan dan kesejahteraan negara.
Selain itu, NTW2024 juga bermatlamat untuk melengkapkan rakyat dengan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam pasaran kerja kontemporari.
Bagi edisi 2023, NTW berjaya mencatat penyertaan sebanyak 129,000 peserta yang terdiri daripada rakyat Malaysia dengan jumlah rakaman latihan melebihi 503,000 jam.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai NTW2024, boleh melayari laman sesawang rasmi https://www.nationaltrainingweek.gov.my/ untuk memilih kursus ditawarkan dan mendaftarkan diri.