Berita SemasaPM X

Kerajaan akan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus

PUTRAJAYA – Cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini belum dibawa kepada Jemaah Menteri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri mengesahkan cadangan terbabit ada dikemukakan kepada kerajaan, namun perlu dibincangkan terlebih dahulu.

“Itu (cadangan) ada dikemukakan, tetapi kita belum bawa kepada Jemaah Menteri, akan dibincangkan dahulu (kerana) keputusan dasar, ada impak (kepada) kerajaan dan majikan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Semalam, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyenaraikan cadangan terbabit dalam 12 syor untuk dipertimbangkan kerajaan, termasuk kajian semula umur bersara wajib.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dipetik berkata, pihaknya mahu majikan sektor awam dan swasta serta kerajaan, memberi keutamaan kepada 12 perkara itu dengan segera serta holistik sebagai hadiah sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button