Berita Semasa

LUAS kesan aliran berbuih, berbau diesel di Sungai Gombak

GOMBAK – Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan aliran berbuih disusuli bau seakan diesel di sebuah tapak projek pembangunan dekat Sungai Gombak, semalam.

Menurut LUAS dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, pihaknya segera menghantar anggota penguatkuasa ke lokasi setelah kejadian itu dikesan pada pukul 1 petang semalam.

“Hasil semakan mendapati, berlaku aktiviti pencucian jentera yang mana aliran cucian masuk ke longkang premis dan seterusnya kolam rawatan dan sungai berhampiran.

“Oleh itu, persampelan dilakukan di lokasi-lokasi berkaitan di premis terbabit dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Pada masa sama, agensi itu memaklumkan semakan sepanjang hari turut dilakukan untuk mengenal pasti punca aliran berbuih yang dikesan.

“Sekitar pukul 8 malam hari yang sama (malam tadi), aliran berbuih dikesan semula di Loji Rawatan Air (LRA) Gombak.

“LUAS kemudian melakukan pensampelan bagi mengenalpasti kandungannya.

“Keadaan semasa adalah terkawal dan pasukan LUAS bersama pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan siasatan menjejaki punca aliran berbuih di hulu Sungai Gombak dan anak-anak sungai berkaitan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button