Berita Semasa

KPKT sedia bantu peruntukkan PBT yang ada masalah kewangan untuk uruskan pokok tua

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia menyediakan bantuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di kawasan luar bandar yang menghadapi masalah kewangan untuk pengurusan pokok-pokok tua.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, KPKT akan mencari kaedah untuk menyediakan peruntukkan itu sama ada menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) atau Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

“Namun, bantuan ini akan diberi keutamaan kepada PBT yang kekurangan peruntukan, terutamanya PBT bertaraf majlis daerah di luar bandar.

“KPKT akan mencari jalan sama ada menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) atau Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) untuk membantu PBT tersebut,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun KPKT 2023 di Dewan Seri Siantan, di sini.

Dalam pada itu, Kor Ming menggesa arborist atau doktor pokok yang dilantik oleh PBT meneruskan pemantauan bagi menyelesaikan masalah pokok tua yang kerap tumbang akhir-akhir ini.

Beliau juga mengakui terdapat banyak kelemahan mengenai sistem pengurusan dan penyenggaraan pokok pada masa sekarang.

Walau bagaimanapun, beliau tetap yakin dengan pelan tersebut yang masih berada di landasan yang betul untuk mengatasi masalah tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button