Berita Semasa

DBKL sita barang 4 penjaja warga asing di pasar karat

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dan memindah barang empat penjaja warga asing di sebuah pasar karat sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Menurut DBKL, tindakan berkenaan dilakukan menerusi Jabatan Penguatkuasaan dalam satu operasi pemantauan dan pemeriksaan di sekitar Lorong Bandar 22 dan Lorong Bandar 19, Jalan Sultan dan Jalan Tun H.S.Lee, di sini.

“Empat tindakan sita barangan perniagaan itu di bawah peruntukan UUK 3(1) UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Pada masa ini, kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, DBKL turut memberikan teguran dan amaran tegas kepada penjaja pasar karat warga tempatan yang mengambil warga asing sebagai pekerja mereka.

“Sekiranya masih berlaku, DBKL tanpa ragu-ragu akan menjalankan tindakan kompaun dan sita sekiranya ingkar.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button