Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Seleweng dana syarikat RM1.5 juta, SPRM reman tiga individu

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman tiga individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) disyaki menyeleweng dana RM 1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM 80 juta.

Perintah reman selama empat hari terhadap dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia 40 hingga 50-an itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan sekitar pukul 7 petang hingga 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek bukan sahaja disyaki menyeleweng dana RM 1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM 80 juta tetapi ketiga-tiganya turut dipercayai terlibat dalam menubuhkan sebuah syarikat yang tidak diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah bagi tujuan menjalankan projek kerjasama yang bernilai kira-kira RM 258 juta.

“Selain itu, mereka juga disyaki terlibat menyeleweng dana kutipan sewaan hartanah milik syarikat tersebut bernilai kira-kira RM 3 juta,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button