Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Peguam kini boleh kemukakan borang nyata keuntungan harta tanah

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa peranan peguam telah diwujudkan selaras dengan seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.

LHDN berkata, bagi membolehkan peranan peguam mengemukakan borang tersebut secara online melalui e-CKHT, permohonan firma guaman hendaklah di lengkapi terlebih dahulu.

“Permohonan untuk peranan peguam ini hanya dibenarkan kepada peguam di bawah firma guaman yang berdaftar dengan Badan Peguam,” katanya dalam satu siaran media di sini hari ini.

Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ atau https://www.hasil.gov.my

Maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan peranan peguam ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada manual pengguna yang boleh dicapai melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, boleh terus menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 dan melalui HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi HASiL di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Show More

Related Articles

Back to top button