Berita Semasa

TH lakukan simulasi bencana untuk jemaah haji lakukan persiapan awal

SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan akan memastikan keselamatan jemaah haji negara mendepani sebarang bencana melalui simulasi yang dipraktikkan dalam program pengurusan bencana.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, sebelum ini pihaknya pernah menangani kesan banjir bersama jemaah haji dengan baik.

“Jemaah Malaysia pernah berdepan hujan lebat, kilat, petir dan banjir kilat pada 2004, 2008, 2016 dan 2018 yang berlaku di Makkah, Arafah dan Mina yang semuanya dapat ditangani dengan baik.

“Tabung Haji mempunyai program pengurusan bencana yang kita praktikkan simulasi-simulasi,” katanya ketika ditemui pengamal media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Petugas Haji yang diadakan di Movenpick Hotel & Convention Centre, di sini.

Baru-baru ini, media melaporkan bencana banjir kilat yang melanda utara Arab Saudi pada Selasa lalu.

Bencana berkenaan telah menyebabkan penutupan jalan dan pembatalan sesi persekolahan.

Show More

Related Articles

Back to top button