Jenayah & Mahkamah

Serang Balai Polis Ulu Tiram, dua anggota polis maut, seorang kritikal

ULU TIRAM – Dua anggota polis dilaporkan terbunuh, manakala seorang lagi kritikal selepas seorang individu menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Buat masa ini, maklumat penuh kejadian masih belum disahkan oleh pihak polis.

Bagaimanapun, difahamkan salah seorang anggota meninggal dunia akibat ditetak di bahagian belakang leher dan kepala, manakala seorang lagi terkena tembakan di bahu dan perut.

Seorang lagi mangsa yang kritikal di hospital, dipercayai akibat terkena tembakan.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.45 pagi itu, seorang suspek bertopeng dan berpakaian gelap dipercayai menyerang balai polis itu dengan parang.

Suspek kemudiannya bertindak mencederakan dua anggota yang bertugas, dan merampas dua laras senjata api lalu melepaskan tembakan.

Difahamkan, suspek kemudiannya berjaya ditembak mati.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button