Luar Negara

Pesawat Garuda bawa jemaah haji terpaksa buat pendaratan cemas

Percikan api dikesan di salah sebuah enjin ketika mahu berlepas

JAKARTA – Sebuah pesawat Boeing 747-400 yang membawa jemaah haji Indonesia milik penerbangan Garuda terpaksa melakukan pendaratan cemas semalam akibat kebakaran enjin.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5.15 petang waktu tempatan itu, pesawat tersebut membawa 450 penumpang termasuk jemaah haji, dan 18 anak kapal sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin, Makassar ke Arab Saudi.

Keadaan kerosakan pada enjin setelah pesawat berjaya melaksanakan pendaratan cemas.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan, salah sebuah enjin pesawat berkenaan mengeluarkan percikan api ketika hendak berlepas.

“(Sehubungan itu) Keputusan itu (pendaratan cemas) dibuat oleh Juruterbang Bertugas, sejurus selepas berlepas memandangkan masalah enjin memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api dikesan pada salah satu enjin,” kata Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra dalam kenyataan tersebut, semalam.

“Mereka semua (penumpang) dipindahkan ke tempat penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian semalam ke Arab Saudi manakala pesawat bermasalah yang didaratkan kini menjalani siasatan keselamatan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button