Jenayah & Mahkamah

Wanita sasaran kes tembak di KLIA dikenali Farah Cie

SEPANG – Seorang wanita dikenali sebagai ‘Farah Cie Al Haramain’ tampil mendedahkan kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi tadi melibatkan pengawal peribadinya.

Pengadu membuat kenyataan mengenai kejadian itu dalam satu hantaran di Facebooknya, pada pukul 4 pagi tadi, kira-kira 3 jam selepas kejadian tembakan tersebut.

“[ KECEMASAN ] Ada individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi saya di KLIA1. Allahuakhbar! LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT! KENYATAAN RASMI AKAN DIBUAT!,” katanya.

Pemerhatian Malaysia Tribune dari maklumat latar belakang pemilik akaun mendapati pengadu adalah seorang pengendali pakej umrah dan juga seorang mutawwifah.

Dalam kejadian itu pukul 1.30 pagi tadi, seorang lelaki cedera di perut selepas terkena tembakan oleh seorang lelaki yang melepaskan dua das tembakan di balai ketibaan KLIA.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan pada pagi ini berkata, suspek yang melarikan diri berjaya dikenal pasti dan dipercayai mensasarkan seorang wanita yang merupakan isterinya.

Salah satu tembakan mengenai pengawal peribadi wanita berkenaan manakala satu lagi mengenai orang awam.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button