Berita SemasaPM X

PM meriahkan sambutan Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan KPKT

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Komunikasi (KK) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), hari ini.

Ketibaan Anwar pada sekitar pukul 1.30 tengah hari disambut oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Menurut KK, majlis tersebut bertujuan untuk memperkukuh lagi hubungan antara dua kementerian dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan kerajaan berkualiti kepada rakyat.

“Penganjuran bersama yang julung kalinya diadakan itu merupakan simbolik kepada perpaduan dan keharmonian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, seramai 10 orang penggiat industri kreatif terdiri daripada pengarah, pelakon, pemuzik dan penyanyi telah menerima sumbangan Aidilfitri, manakala lima orang bekas pengamal media menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.

Majlis turut dihadiri ahli-ahli jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, menteri-menteri besar, ketua pengarah perkhidmatan awam, ketua-ketua perkhidmatan, timbalan-timbalan menteri, duta-duta dan perwakilan asing serta Ketua Setiausaha KK dan KPKT.

Selain itu, majlis yang dihadiri lebih 5,000 orang itu diserikan dengan persembahan daripada beberapa artis tempatan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hazama dan Aisha Retno.

Show More

Related Articles

Back to top button