Berita Semasa

Tun Hanif Omar meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haji Mohammed Hanif Omar meninggal dunia awal pagi tadi.

Pemergian tersebut disahkan oleh anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff.

“Dengan perasaan amat dukacita. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

“Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,” kata Abdul Rahmat dalam satu kenyataan ringkas.

Tun Mohammed Hanif, 85 tahun merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang terbunuh akibat serangan komunis.

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Haniff Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.

Pada 1 Februari 1973 beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara.

Selepas persaraan, beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004-2005.

Tun Hanif Omar adalah Penaung Yayasan Pengaman Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button