Berita Semasa

Dua beradik murid SK Putrajaya Presint 8(1) juara Minecraft Education Challenge

KUALA LUMPUR – Dua beradik yang juga murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) berjaya menewaskan 3,500 peserta untuk memenangi pertandingan Minecraft Education Challenge 2023.

Dengan mengangkat tema ‘Pusat Beli-belah Mampan Masa Depan’, dua murid berkenaan, Mohammad Parsa Parhizkar, 10, dan adiknya, Mohammad Rohan Parhizkar, 8, berjaya membina permainan minecraft yang mengetengahkan teknologi masa depan, kemampanan dan pendidikan bersatu.

Menurut jurucakap pertandingan, program itu yang anjurkan oleh Microsoft and Sunway Mall telah berjaya menarik minat penyertaan daripada 188 sekolah dan 3,500 penyertaan peserta dari seluruh negara.

“Kejayaan luar biasa adik-beradik itu di pertandingan peringkat kebangsaan menyerlahkan semangat mereka terhadap teknologi dan reka bentuk pusat beli-belah yang mampan sekali gus meletakkan mereka sebagai perintis baharu dalam dunia teknologi.

“Pencapaian mereka itu menjadi bukti potensi bakat muda adalah tidak terbatas apabila dilengkapkan dengan peralatan yang betul dan perspektif berfikiran ke hadapan” katanya.

 

Pertandingan Minecraft Education Challenge 2023 yang terbuka kepada murid daripada usia 7 hingga 17 tahun dibawakan oleh Microsoft Malaysia, Microsoft Global Training Partner Fedelis, Sunway Malls dan Kementerian Pendidikan.

Untuk edisi kali ini, peserta menunjukkan gabungan mengagumkan keupayaan membina dunia Minecraft yang mengasyikkan dengan visi mereka terhadap reka bentuk pusat beli-belah yang mampan, mesra alam, cekap tenaga dan integrasi teknologi termaju.

Selain itu pertandingan itu juga bertujuan menonjolkan bakat dan inovasi remaja, menyediakan platform untuk bakat muda untuk membayangkan masa depan yang lebih mampan dan maju dari segi teknologi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button