Berita Semasa

Gambar puluhan kampit beras, tepung dan tin sardin dibuang menjadi tular

TEMERLOH – Gambar puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum dekat sini, menjadi tular sejak petang semalam.

Difahamkan, gambar itu mula tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial Facebook dan TikTok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Rata-rata pengguna media sosial memberi komen negatif, oleh kerana ia melibatkan bahan makanan.

Setelah sedar gambar tersebut menjadi tular, tindakan pihak yang cuba membakar bahan-bahan tersebut lebih memburukkan keadaan.

Sehingga kini belum ada pihak tampil mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Namun, berdasarkan sumber, kesemua bahan tersebut dibuang kerana sudah tamat tempoh.

Show More

Related Articles

Back to top button