Berita SemasaPM X

PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia mulakan tugas serta-merta

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) melaksanakan tugasan berkuat kuasa serta-merta.

Anwar berkata, walaupun rang undang-undang (RUU) berkaitan penubuhan agensi itu hanya akan dibentangkan di Parlimen pada Julai ini, semua jabatan berkaitan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah boleh meletakkan pegawainya dan bertugas dengan segera.

“Walaupun undang-undang (penubuhan MCBA) hanya akan dibentangkan pada Julai, tetapi punca kuasa pada perkara berkenaan sudah bermula pada 1 Mei (semalam), bermakna dari polis, Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Imigresen sebagai punca kuasa.

“Oleh demikian semua jabatan dan kementerian harus menerima arahan ini, meletakkan pegawai di sempadan utama sekarang dan melaksanakan tugas dengan Ketua Pengarah (MCBA), Datuk Seri Hazani Ghazali yang mempunyai tugas besar untuk jaga seluruh sempadan kita,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya ketika hadir pada Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

MCBA adalah agensi yang boleh menyelaraskan dan memastikan pelaksanaan kawalan keselamatan dengan baik dan licin selain kelulusan kemasukan dapat disegerakan.

Oleh yang demikian, kata Perdana Menteri, semua jabatan berkaitan perlu menerima arahan itu secara serius dan melaksanakannya dengan segera.

Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan upacara penyerahan Dokumen Terma Rujukan MCBA sebagai penyelaras kepada jabatan dan agensi rakan strategik mengenai kawalan serta perlindungan sempadan negara.

Dokumen Terma Rujukan itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KDN; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian dan KeterjaminanMakanan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan sertaKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Dokumen Terma Rujukan itu turut ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.

Show More

Related Articles

Back to top button