Berita Semasa

Dalam masa kurang 24 jam, masalah belajar tanpa kerusi, meja selesai

MELAKA – Masalah ketiadaan kerusi dan meja di sebuah sekolah agama di sini berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Akmal Saleh.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, masalah yang menyebabkan pelajar terpaksa belajar secara bersila di lantai itu tidak sepatutnya berlaku dan melalui proses birokrasi yang terlalu lama untuk diselesaikan.

“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam (tempoh) 24 jam. Tak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.

“Semoga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya dalam hantaran video di laman sosial beliau.

Dalam hantaran video terdahulu, Dr. Akmal terkejut dan sedih apabila mengetahui ada sebahagian pelajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ayer Merbau yang masih tidak mempunyai meja dan kerusi untuk belajar.

Beliau juga memberi amaran supaya Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ‘dirombak’ sekiranya ada pihak yang tidak mahu bersungguh-sungguh menguruskan bantuan kepada rakyat.

Sedangkan Dr. Akmal berkata, kelengkapan tersebut merupakan keperluan mendesak bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik untuk pelajar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button