Bisnes & Ekonomi

Mamasab hadiahkan 3,000 kek sempena Hari Guru, Ibu, Jururawat

PETALING JAYA – Jenama kek terkenal, Mamasab menghadiahkan 3000 biji kek kepada penerima bertuah sempena sambutan Hari Guru, Ibu dan Jururawat yang disambut pada bulan Mei ini.

Pengasasnya, Siti Noor Sabrina Soobri berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan untuk menghargai golongan ibu, para guru dan jururawat di seluruh negara.

“Ini adalah program kempen pertama yang kami lakukan untuk meraikan para ibu, guru dan jururawat yang menyokong kami sejak awal lagi.

“Selain itu, ia juga untuk meraikan para ejen kami dengan aktiviti sosial sebegini dalam menggerakkan momentum kearah lebih aktif” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Mamasab di sini, semalam.

Jelasnya lagi, program CSR yang dilakukan ini secara tidak langsung menggembirakan dan menceriakan terutama golongan wanita yang banyak berkorban.

Jenama kek terkenal, Mamasab menghadiahkan 3000 biji kek kepada penerima bertuah sempena sambutan Hari Guru, Ibu dan Jururawat.

“Kita hadiahkan 3000 biji kek dan hebahkan keseluruhannya secara dalam talian.

“Saya tidak menyangka sambutan dari orang ramai amat luar biasa, mereka memohon dengan mengisi borang secara online dan pihak kami akan meneliti permohonan dan terus membuat penghantaran melalui kurier” tambahnya lagi.

Semantara itu, Siti Noor Sabrina turut meluahkan rasa syukur dan teruja dengan sambutan dan penghargaan yang diterima.

“Alhamdulillah, bukan sahaja ada yang memohon kek percuma namun turut membeli kek dan ini sekali gus meningkatkan promosi dan jualan”

Mengulas lanjut, Siti Noor Sabrina berkata, Mamasab akan menghadiahkan 1000 biji kek lagi menjelang sambutan Hari Bapa pada bulan Jun nanti.

Katanya, Mamasab menyasarkan pembukaan 300 cawangan mini dan peningkatan 100 orang master stokis serta 20,000 ejen jualan seluruh Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button