Berita Semasa

[VIDEO] UCrest, MDC meterai perjanjian perkongsian mendigitalkan klinik gigi

KUALA LUMPUR – UCrest Berhad (UCrest) dan MDC Asia Link Berhad (MDC) telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Perniagaan dalam mendigitalkan klinik gigi melalui penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Medical Things (IoMT) di bawah platform iMedic.

Menurut UCrest, objektif perkongsian ini adalah untuk membawa piawaian penjagaan dalam industri pergigian ke peringkat seterusnya iaitu dengan menyediakan pesakit pada tahap penjagaan yang tinggi.

“Kami menerajui transformasi perkhidmatan penjagaan pergigian dengan penggunaan AI, Kebendaan Internet (IOT), percetakan 3D dan teknologi digital bagi menyediakan kepada pelanggan kami, penjagaan dan perkhidmatan tahap tertinggi sambil meningkatkan kecekapan operasi klinik.

Pengerusi UCrest, Eg Kah Yee (Kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDC, Dr. Aslan Bacho pada sidang media perjanjian perkongsian antara UCrest dengan MDC, di sini hari ini.

“Kami mengambil berat kepada penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak dengan tujuan untuk membangunkan dan mengekalkan tabiat pergigian yang baik sejak kecil lagi yang mana mampu memberikan mereka kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat mereka.

“Dengan teknologi digital, pelanggan boleh bergantung kepada kami dalam menguruskan kesihatan pergigian mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDC, Dr. Aslan Bacho.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjanjian perkongsian antara UCrest dengan MDC, di sini hari ini.

MDC akan menggunakan platform iMedic sebagai Sistem Pengurusan Klinik (CMS) untuk menguruskan pesakit di mana mereka diberi kuasa menggunakan aplikasi mudah alih yang boleh menjejaki risiko kesihatan mereka selain mengurus perancangan penjagaan pergigian mereka.

Sidang media  perjanjian perkongsian antara UCrest dengan MDC, di sini hari ini.

Katanya lagi, pembelajaran mesin teknologi AI dalam iMedic akan membantu menganalisis dan membuat diagnosis imej dengan mudah dan lebih tepat.

“Teknologi AI akan dapat mendiagnosis dengan ketepatan tinggi dan meramalkan perkembangan penyakit pergigian pesakit, membolehkan langkah pencegahan awal diambil.

“Dengan platform iMedic, doktor gigi dan perunding kesihatan akan dapat membangunkan pelan kesihatan pergigian secara ‘personalized’ untuk setiap pelanggan dan mengurus serta memberi perkhidmatan kepada pelanggan secara proaktif,” kata Pengerusi UCrest, Eg Kah Yee.

@malaysiatribune

UCrest Berhad (UCrest) dan MDC Asia Link Berhad (MDC) telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Perniagaan dalam mendigitalkan klinik gigi melalui penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Medical Things (IoMT) di bawah platform iMedic iMedic ialah platform kesihatan digital terkemuka yang dibangunkan oleh UCrest yang kini digunakan di beberapa negara di Asia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Ia juga menerajui pasaran dengan IoMT dan AI yang memperkasakan pesakit untuk mengurus kesihatan mereka sendiri dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti doktor dan klinik melalui AI dan automasi. #malaysiatribune #imedic #ai #ucrest #klinikgigi #teknologi

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

iMedic ialah platform kesihatan digital terkemuka yang dibangunkan oleh UCrest yang kini digunakan di beberapa negara di Asia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Ia juga menerajui pasaran dengan IoMT dan AI yang memperkasakan pesakit untuk mengurus kesihatan mereka sendiri dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti doktor dan klinik melalui AI dan automasi.

Show More

Related Articles

Back to top button