Berita Semasa

Remaja nyaris maut termakan biskut beracun

Biskut dicampur racun dipercayai digunakan untuk menghalau kera dan beruk

KEMAMAN – Seorang remaja berusia 13 tahun nyaris maut selepas termakan biskut yang dicampur racun di Kampung Dadong, dekat sini kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bersama seorang rakannya masuk ke sebuah kebun pisang dan kelapa milik seorang penduduk kampung untuk memancing yang terletak kira- kira tiga kilometer dari kediamannya.

Bagaimanapun, dipercayai akibat terlalu lapar, mangsa dikatakan termakan sekeping biskut yang dipercayai dicampur racun untuk menghalau kera dan beruk yang digantung di atas sebatang kayu di kebun tersebut.

Menurut bapa mangsa, Alias Saras, 57, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak keempat dari lima beradik itu selepas diberitahu oleh isterinya, Roslina Ahmad, 52 tahun.

Katanya selepas makan biskut tersebut, anaknya pengsan dan mulutnya mengeluarkan buih sebelum dihantar ke klinik kesihatan berdekatan.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut, di mana keadaannya dilaporkan semakin pulih.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Hanyan Ramlan mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 4 petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button