Berita Semasa

Bagasi berisi wang lebih RM500,000 ditemui pengawal keselamatan

SUBANG JAYA – Sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis menerima laporan mengenai perkara itu dari seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an pada pukul 8 pagi semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bagasi berkenaan dipenuhi duit kertas not RM50 dan RM100
dengan nilai keseluruhan RM500,000.

“Kita percaya wang berkenaan adalah tulen. Bagaimanapun kita akan sahkan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Justeru, kita minta mana-mana individu yang ada tertinggal bagasi berisi wang lebih RM500,000 untuk tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi 03-79662222,” katanya memetik laporan BuletinTV3 hari ini.

Menurutnya,pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan namun tidak menfokus kepada lokasi bagasi tersebut ditemukan.

“Susulan itu, kita membuka siasatan di bawah kertas enkuiri polis berkaitan penemuan wang berkenaan.

“Jika pemilik ingin menuntut wang berkenaan, kita minta trt membawa bukti-bukti berkaitan. Bagaimanapun sekiranya ia tidak dituntut, wang ini kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button