Jenayah & Mahkamah

Polis sahkan sudah menahan pelakon tumbuk isteri

PETALING JAYA – Polis mengesahkan seorang pelakon lelaki yang disyaki telah menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh telah ditahan dan disoal siasat semalam.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pelakon berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Katanya, pelakon terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa (isteri pelakon itu), dua saksi dan suspek.

“Polis kemungkinan akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Tambah Hussein, polis juga sudah mendapatkan laporan awal perubatan mangsa dan disahkan mangsa mengalami kecederaan di pipi.

“Kita akan mendapatkan perintah mahkamah sementara pada esok bertujuan menghalang suami daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan isteri kepada pelakon berkenaan, Nurul Shuhada telah membuat laporan polis kerana telah ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian pipi dalam satu kejadian pada Khamis lalu.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button