Berita Semasa

KKD temui Tiktok esok

Pertemuan tersebut untuk membincangkan berhubung sekatan kandungan mengenai Palestin di Tiktok

KUALA LUMPUR – Satu pertemuan antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pengendali aplikasi Tiktok akan diadakan esok berhubung dakwaan kandungan membabitkan konflik Palestin-Israel yang disekat platform itu, kata Fahmi Fadzil.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, pertemuan tersebut akan diadakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat induk Tiktok.

“Saya lihat Tiktok sudah mula ‘cuak’ kerana kita akan bertemu syarikat induk mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, di sini malam tadi.

Terdahulu, pengguna media sosial di negara ini mendakwa kandungan dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti Hamas dan beberapa perkataan lain, diturunkan secara automatik oleh pihak Tiktok.

Diminta mengulas mengenai sambutan Himpunan Malaysia Bersama Palestin malam tadi, Fahmi berkata, kehadiran kira-kira 15,000 pengunjung membuktikan sokongan yang tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

“Kehadiran yang baik ini saya harap akan jadi pencetus dan memberi semangat kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Tambah Fahmi, beliau turut mengingatkan kepada mereka yang memberikan sumbangan kepada Palestin agar menggunakan saluran yang betul seperti  agensi dan badan diiktiraf.

“Kita risau tindakan pihak scammer atau pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan meraih dana dan kita tidak tahu dana itu pergi ke mana,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button