Berita SemasaPM X

Malaysia tawar potensi pelaburan progresif kepada dunia

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bahawa Malaysia menawarkan peluang pelaburan yang progresif kepada pelabur-pelabur dari serata dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dinyatakan beliau semasa sesi pertemuan bersama kira-kira 30 pemimpin industri dan perniagaan di Jerman, semalam.

“Ruangan dan peluang ini saya gunakan untuk memberi jaminan kepada mereka bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi terbaik dan pilihan untuk membuat pelaburan.

“Saya turut maklumkan bahawa Malaysia kekal terbuka dan menjamin peluang pelaburan yang progresif bagi pelabur-pelabur dari Jerman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Sesi pertemuan meja bulat antara pemimpin industri dan syarikat yang berpangkalan di Eropah yang berlangsung di Jerman semasa kunjungan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara syarikat terlibat dalam pertemuan itu adalah syarikat yang berpusat di Jerman dan sekitar Eropah seperti B. Braun GmbH, Siemens AG, Bayer AG, Airbus, DHL, Schott AG, Volkswagen dan Infineon Technologies AG.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin.

Justeru, Anwar berkata, komitmen para pelabur dari luar negara amat dialu-alukan bagi meningkatkan pelaburan ke negara ini sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Sementara itu, Canselor Jerman yang merupakan rakan sejawat Anwar Ibrahim dalam sidang media berkata negara itu akan terus meneroka peluang bagi mengembangkan pelaburannya di Malaysia terutama dalam sektor tenaga boleh baharu.

Untuk rekod, Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.

Sesi pertemuan meja bulat antara pemimpin industri dan syarikat yang berpangkalan di Eropah yang berlangsung di Jerman semasa kunjungan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Show More

Related Articles

Back to top button