Berita Semasa

Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital masalah jantung, paru-paru

KUALA TERENGGANU – Pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke wad sebuah hospital di negeri ini selepas mengalami masalah paru-paru dan jantung.

Berita itu dikongsikan beberapa tokoh agama dan politik Negeri Terengganu hari ini di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam hantaran di Facebooknya kira-kira pukul 8 malam ini mendoakan kesihatan untuk agamawan itu.

“Semoga Allah SWT terus merahmati dan mempermudahkan segala urusan buat Murrabi Ummah yang disayangi ini.

“Insya-Allah, sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mengangkat penyakit yang dilalui oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus ini. Sesungguhnya, hanya kepada Allah SWT jua tempat kita memohon,” katanya.

Sementara itu, satu pengumuman mengenai pembatalan ceramah Ustaz Azhar juga disiarkan di laman Facebook rasmi beliau.

Kuliah Magrib yang sepatutnya berlangsung di Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemong itu ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

Show More

Related Articles

Back to top button