Berita Semasa

Laluan utama Kota Kinabalu – Sandakan di Ranau putus akibat hakisan

RANAU – Ribuan penduduk dan pengguna jalan raya terputus hubungan apabila laluan utama iaitu Jalan Riverside yang menghubungkan Kota Kinabalu-Sandakan di sini mengalami hakisan sehingga terputus sepenuhnya malam tadi.

Hakisan tanah sedalam kira-kira 5 meter di kilometer 109 itu dikatakan bermula pada pukul 10 malam disebabkan oleh hujan lebat dan kegagalan pembentungan.

Hujan lebat sejak awal malam tadi juga menyebabkan banjir kilat di sekitar kawasan berkenaan.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau dalam kenyataan berkata, susulan kejadian itu, laluan berkenaan ditutup serta merta untuk semua kenderaan.

“Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan kecil).

“Mohon patuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Tambahnya, segala kesulitan amat dikesali dan diharap bersabar untuk keselesaan bersama dimasa akan datang.

Dalam pada itu, beberapa video dan gambar mengenai kejadian jalan terputus dan tanah runtuh di Ranau turut tular di media sosial.

Show More

Related Articles

Back to top button