Luar Negara

‘Style’ unik tarik perhatian pemerintah terhadap isu kerosakan jalan

SUMATERA – Seorang wanita dari Lampung menggunakan cara tersendiri bagi menarik perhatian pihak bertanggungjawab terhadap kerosakan jalan di kawasannya.

Berbekalkan rupa manis dan berpakaian kemas, wanita yang dikenali sebagai Ummu Hani tersebut menggayakan aksi persis model di jalan yang rosak.

Sambil bergambar, dia turut memegang kertas dengan pertanyaan kepada pemerintah setempat, kenapa jalan yang rosak di lokasi dia berposing masih tidak dibaiki meskipun telah lama rosak.

“Untuk kesekian kali ya, kami memohon dan meminta pihak terkait untuk baiki infrastruktur jalan ini,” tulis @ummuhanii89 dalam hantaran di Instagram, lapor portal TvOne.

Dalam hantaran tersebut, Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.

“Jalan ini merupakan akses utama penghubung antara desa dan daerah ini.

“Sudah banyak kerugian yang dialami kami disebabkan oleh kerosakan jalan ini, baik aspek ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Cukup jalan sahaja yang rosak, jangan sampai kepercayaan warga juga turut ‘rosak’ terhadap pemerintah,” katanya lagi.

Dalam hantarannya itu juga, wanita berhijab itu turut memetik beberapa nama pemerintah setempat antaranya Bupati Lampung Selatan, Nanang Ermanto dan Naib Bupati Lampung Selatan Pandu Kesuma Dewangsa untuk pemerhatian mereka.

Malah, dia turut memetik nama Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR), Basuki Hadimuljono dan Naib Presiden terpilih Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

Hantaranya itu, ternyata mendapat perhatian warga maya, malah ia dibanjiri komen dan mendapat ribuan tanda suka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button