Jenayah & Mahkamah

Jenazah penyerang balai polis dikebumikan jauh dari kubur lain – Fatwa Johor

JOHOR BAHRU- Jawatankuasa Fatwa Johor (JFJ) memutuskan jenazah penyerang Balai Polis Ulu Tiram baru-baru ini perlu dikebumikan jauh dari kubur-kubur lain.

Menurutnya, jenazah juga tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid atau surau dan hendaklah dimandi, dikafan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga sahaja.

Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.

“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya,” menurut kenyataan JFJ, seperti dilaporkan Harian Metro.

Dilaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Jumaat lalu, dipengerusikan Mufti Johor Yahya Ahmad.

Menurut JFJ, kubur suspek perlu dijarakkan sebagai peringatan kepada masyarakat tidak mencontohi tindakannya.

Dalam serangan pada awal pagi Jumaat lalu dua anggota polis maut dan seorang cedera.

Jenazah suspek dilapor dikebumi pada jam 12.30 tengah hari tadi di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram.

Pengebumian itu hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai polis yang mengawal ketat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button