Berita Semasa

Tiada pegawai SPRM hubungi Wan Saiful Wan Jan – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan ada pihaknya menghubungi Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan berhubung dakwaannya ditawarkan habuan untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau telah memeriksa dakwaan itu dengan pegawai agensi itu dan mendapati tiada pihak yang berbuat demikian.

“Sepatutnya dia datang ke SPRM untuk buat laporan, saya sudah periksa secara terperinci dengan pegawai dan mendapati tiada pegawai dari SPRM. Mungkin ada orang lain yang menghubungi.

“Jadi untuk masa sekarang, lebih baik Wan Saiful Wan Jan datang ke SPRM dan buat laporan . Itu sepatutnya dilakukan di bawah Undang-Undang Seksyen 25 yang menetapkan tanggungjawab semua orang perlu membuat laporan apabila ditawarkan rasuah kepada SPRM atau mana-mana balai polis terdekat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Azam berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di ibu negara, hari ini.

 

Dalam sidang Dewan Rakyat Semalam, Wan Saiful mendakwa beliau menerima tawaran ganjaran dan ugutan oleh pihak yang tidak dinamakan supaya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri

Ahli PArlimen Perikatan Nasional itu juga mendakwa menerima mesej daripada pegawai SPRM yang meminta beliau menghubungi mereka semula berhubung tawaran itu.

Beliau dalam perbahasan titah Diraja di Dewan Rakyat mendedahkan ditawarkan “habuan” termasuk RM1.7 juta untuk kawasan Parlimen diwakilinya bagi menyokong Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button