Bola sepak satukan AMK Sepang, AMK Hulu Langat
SEPANG – Demi merapatkan ukhwah, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sepang telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan bola sepak AMK Hulu Langat di Stadium Sepang semalam.
AMK Sepang bermula garang dengan menjaringkan gol seawal minit ke-7 akibat daripada kelekaan barisan pertahanan AMK Hulu Langat.
Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila AMK Hulu Langat bangkit semula pada separuh masa kedua pada untuk menjaringkan gol penyamaan.
Ketua pasukan AMK Hulu Langat, Visuawanthan Kandasamy berjaya menjaringkan gol cantik pada minit ke-47.
Di minit-minit akhir perlawanan AMK Hulu Langat telah dihadiahkan sepakan penalti akibat daripada kekasaran yang dilakukan oleh seorang pemain AMK Sepang.
Jaringan penalti telah menghukum pasukan bola sepak AMK Sepang di hujung babak perlawanan persahabatan ini dengan keputusan memihak kepada pasukan AMK Hulu Langat 2-1.
Aksi yang menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan persahabatan ini dengan serangan yang menarik.
Sementara itu, Ketua AMK Sepang, Khairil Izzat Nordi berkata, walaupun hanya perlawanan persahabatan, kehadiran penyokong amat memberangsangkan dengan kira-kira 100 orang hadir memberikan sokongan.
“Demi merakyatkan sukan kita akan terus mengadakan perlawanan persahabatan diantara AMK di seluruh daerah negeri Selangor selapas perlawanan ini.
“Bukan sekadar bersukan ia juga bagi mendekatkan anak-anak muda dengan AMK sekaligus menarik minat mereka menyertai,” katanya.
Sementara itu katanya, banyak lagi perlawanan dalam pelbagai acara sukan akan digerakkan melalui Penggerak Belia Selangor (PeBS) inisiatif dari Kerajaan Negeri dan Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Dalam pada itu, Visuawanthan, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada perlawanan persahabatan ini dan akan berkerjasama dengan Khairil Izzat bagi menjayakan liga bola sepak antara daerah tidak lama lagi.