Berita Semasa

Program Jualan Rahmah peringkat negeri Terengganu dilancar di Sabasun HyperRuncit

KUALA TERENGGANU – Inisiatif Payung Rahmah terus dirancakkan lagi, kali ini dengan pelancaran Program Jualan Rahmah (PJR) peringkat negeri Terengganu.

Program tersebut dilancarkan oleh Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub di Sabasun HyperRuncit, di sini hari ini.

PJR tersebut yang berlangsung selama tiga bulan mulai hari ini, dilangsungkan secara serentak di kesemua lima cawangan Sabasun HyperRuncit di Bukit Kecil, Kuala Terengganu; Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Bandar Ceneh Baru, Kemaman; Pusat Dagangan Ajil (ATC), Ajil; dan Bandar Baru Kijal di Kemaman.

Jualan ini melibatkan 253 barangan secara berperingkat mengikut bulan termasuk biskut raya dengan logo Jualan Rahmah.

Antara barangan terpilih yang dijual melalui program ini adalah telur ayam, minyak masak, beras, sayuran, makanan kering dan pelbagai jenis barangan keperluan asas yang lain.

PJR merupakan salah satu program Inisiatif Rahmah yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan objektif utama menawarkan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga yang mampu dimiliki.

Program tersebut diadakan secara kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasaraya dan hypermarket yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian di antara 10 sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button