Berita SemasaSukan

Pang Ron-Su Yin hampir rangkul Kejuaraan Masters China

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hampir merangkul gelaran juara Masters China sebelum terpaksa akur tewas kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam pertarungan tiga set 23-21, 23-25, 16-21, pada aksi final sebentar tadi.

Beregu negara itu berjaya memegang mata akhir ketika mendahului 22-21 wakil tuan rumah yang juga gandingan nombor dua dunia di set kedua selepas menang set pertama, namun gagal untuk memanfaatkan peluang itu.

Walau bagaimanapun, pencapaian naib juara dalam kejohanan bertaraf Super 750 tersebut merupakan satu rekod yang membanggakan, memandangkan mereka baru digandingkan sejak November tahun lalu.

Sepanjang kejohanan itu, Pang Ron-Su Yin menampilkan aksin yang cukup cemerlang apabila berjaya menewaskan pasangan nombor tiga dunia dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin dan nombor tujuh dunia dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam laluan ke pentas final.

Pang Ron-Su Yin membawa pulang hadiah wang tunai AS$40,250 (RM179,834) selaku naib juara,
manakala Yan Zhe-Dong Ping meraih AS$85,100 (RM380,221) sebagai juara.

Show More

Related Articles

Back to top button