Berita Semasa
KPTDGA dijenamakan sebagai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
PUTRAJAYA – Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) kini dijenamakan semula sebagai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Menurut PETRA dalam satu kenyataan semalam, penjenamaan semula tersebut adalah bagi menggambarkan peranan sebenar dan tanggungjawab kementerian berkaitan dengan usaha transformasi dalam bidang tenaga dan air Negara.
“Ini adalah bagi memastikan aspirasi kerajaan melalui fungsi dan tugas dapat difahami dengan lebih jelas oleh masyarakat umum melalui nama baharu tersebut,” kata kenyataan tersebut.
PETRA kekal diterajui Datuk Fahillah Yusof yang juga Timbalan Perdana Menteri, dengan timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.