Berita Semasa

[VIDEO] Jawatankuasa khas tangani kualiti air sungai peringkat negeri akan ditubuhkan

PUTRAJAYA – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan bersetuju supaya jawatankuasa sama ditubuhkan di peringkat negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, semua wakil negeri yang menghadiri mesyuarat hari ini akan membawa perkara itu pulang ke negeri masing-masing bagi mendapatkan panduan serta persetujuan.

@malaysiatribune

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan bersetuju supaya jawatankuasa sama ditubuhkan di peringkat negeri. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, semua wakil negeri yang menghadiri mesyuarat hari ini akan membawa perkara itu pulang ke negeri masing-masing bagi mendapatkan panduan serta persetujuan. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Kita juga bersetuju dari tempoh sebulan daripada hari ini, untuk mengadakan bengkel, bagi memperincikan segala perkara sebab cabaran berhubung pengurusan sungai ini, ia membabitkan bidang kuasa negeri, persekutuan dan ada juga PBT (pihak berkuasa tempatan).

“Jadi, dalam bengkel itu akan memperincikan segala perkara berhubung kait perundangan, peraturan, dasar dan juga pelaksanaan,” katanya.

Fadillah berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Beliau menambah, jawatankuasa turut bersetuju untuk menekankan pemakaian pelan tindakan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) sebagai peralatan pengurusan dalam membantu meningkatkan kualiti air sungai.

“Mesyuarat hari ini juga dimaklumkan mengenai Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) membangunkan Sistem Pintar Kecerdasan Buatan Bagi Penarafan dan Pengkelasan Kedudukan Sungai di Malaysia (AIE3S).

“Sistem ini boleh digunakan di lembangan sungai oleh semua pihak berkepentingan dalam pemantauan meningkatkan kualiti air sungai,” katanya lagi.

Mesyuarat ini merupakan susulan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Kelima (MAN-5).

Jawatankuasa Khas ini berperanan penting dalam memastikan langkah-langkah dan tindakan pengurusan pelaksanaan strategi meningkatkan kualiti air sungai diambil secara bersepadu.

Jawatankuasa ini juga akan bertindak sebagai platform perkongsian maklumat dan amalan terbaik berkaitan perkara-perkara yang boleh meningkatkan kualiti air sungai.

Mesyuarat hari ini turut dihadiri exco-exco negeri berkaitan air, Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan/Agensi yang berkaitan, serta Badan-badan kawal selia air negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button