Jodoh Brendan Gan bersama Selangor berakhir
KUALA LUMPUR – Jodoh pasukan Selangor FC bersama Brendan Gan terlerai apabila pemain tengah itu memilih untuk membawa haluan lain musim hadapan.
Berita itu dimuatnaik menerusi laman media sosial rasmi X, Selangor FC hari ini.
“Seorang wira kepada ramai dan salah seorang yang paling hebat untuk memakai Merah dan Kuning, mengucapkan selamat tinggal.
“Kisah cinta bola sepak yang disaksikan 80 kali dalam empat tahun, dengan 14 kali menjaringkan gol, serta 12 bantuan jaringan, atas kepimpinannya, atas semangatnya, atas keberaniannya, atas kerendahan hatinya, menjadi lambang inspirasi, untuk kerana menjadi THE Kapten #RedGiants, melalui semua kejayaan dan kepayahan yang kami kongsi bersama.
“Kisah cinta kami akan kekal selamanya,” kapsyen Selangor FC di X.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pasukan mana yang akan diwakili oleh pemain kebangsaan itu.
Brendan, 35, mewaliki Selangor sejak tahun 2019.
Terdapat desas desus menyatakan pemain tengah itu akan kembali menyertai Liga Australia.