SukanBerita Semasa

Bekas atlet SUKMA meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah

ALOR SETAR – Bekas atlet ragbi Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah meninggal dunia semasa menyertai perlawanan pertunjukan bersama pasukan piliha Menteri Besar petang semalam.

Memetik kenyataan di laman Facebook Ragbi Online, mangsa dikenali sebagai Ahmad Zainol Osman dikatakan rebah ketika perlawanan sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dipercayai akibat serang jantung.

Kejadian berlaku semasa perlawanan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Salam al-Fatihah buat Ahmad Zainol Osman yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Arwah mengalami serangan jantung ketika menyertai perlawanan pertunjukan antara pasukan pilihan Menteri Besar dan pilihan AOR sempena kejohanan ragbi Pra-SUKMA AOR di Stadium Suka Menanti, Kedah.

“Pasukan perubatan pertandingan berjaya untuk menstabilkan arwah ketika di padang dan beliau berada dalam kembali sedar sebelum di bawa ke HSB,” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, keadaan arwah merosot ketika diberikan rawatan dan menghembuskan nafas terakhir di HSB.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button