Berita SemasaSukan

Tekong terbaik STL 2022, Meor Zulfikar antara muka baharu dipilih untuk sertai program pemilihan ke Sukan SEA dan Asia 2023

CYBERJAYA – Tekong terbaik Liga Super Sepak Takraw (STL) musim lalu, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin merupakan muka baharu yang terpilih untuk menjalani program pemilihan untuk ke Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia di Hangzhau, China.

Selain pemain kelahiran Perak itu seramai 17 muka baharu lain turut terpilih untuk menyertai Program Pemilihan dan Ujian Kecergasan Skuad Sepak Takraw Lelaki Kebangsaan yang akan diasakan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 24 hingga 26 Februari ini.

Untuk program pemilihan kali ini kesemua 18 pemain baharu itu akan bersaing dengan seramai 19 orang pemain dalam skuad sedia ada.

Meor Zulfikar ketika ditemubual Malaysia Tribune melahirkan kesyukuran apabila akhirnya terpilih untuk menyertai pemilihan itu.

“Perkara pertama yang terlintas di kepala saya ialah teruja dan bersyukur kerana dapat melayakkan diri untuk pemilihan skuad kebangsaan pada kali ini.

“Saya pasti akan buat yang terbaik untuk pemilihan kali ini. Kalau dilihat kepada senarai barisan lama dan baru saya berfikiran positif dan yakin untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, seorang laki muka baharu yang terpilih iaitu Amir Aizad Roshisyam, 22, bersedia untuk memberikan 100 peratus komitmen dalam ujian pemilihan kali ini.

“Saya benjanji akan melakukan sehabis baik sekiranya terpilih untuk mewakili negara ke Sukan SEA demi Malaysia yang tercinta dan saya juga yakin dengan gandingan barisan kejurulatihan yang baru akan memberi impak yang baik untuk sukan sepak takraw negara ke peringkat lebih tinggi.

“Ribuan terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang memberi kepercayaan dan peluang kepada saya” kata pemain apit kiri pasukan UPM itu kepada Malaysia Tribune.

Sementara itu, seorang lagi bakat baharu sepak takraw, Mohd Mukhlis Borhan, terkejut apabila dimaklumkan terpilih menyertai sesi pemilihan itu.

Namun begitu, Mohd Mukhlis bersedia untuk memberikan aksi terbaik bagi menempah slot sebagai salah seorang pemain kebangsaan dalam kejohanan kali ini.

“Saya tidak mewakili mana mana pasukan negeri pada masa ini, mungkin itulah sebabnya tidak dapat maklum. Namun begitu saya bersyukur kerana terpilih kali ini dan berjanji untuk menampilkan aksi terbaik bagi memikat hati barisan jurulatih,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button