Berita SemasaPM X

Data Perkeso digodam: Kerajaan perkukuh keselamatan siber negara – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menambahbaik keselamatan siber di negara ini sebagai langkah mengekang jenayah pengodaman berkaitan sistem kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang kerjasama dengan syarikat luar bagi mengekang serangan itu.

“Kita sekarang memperkukuhkan keselamatan siber dan ada juga keputusan Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menjalin kerjasama dengan syarikat mempunyai keupayaan mengekang serangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di sini, hari ini.

Terdahulu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawangnya diserang penggodam sejak Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, Perkeso memberi jaminan bahawa ancaman penggodam itu tidak akan merencatkan perkhidmatan mereka terhadap pencarum, majikan dan orang ramai.

Menurut Perkeso, siasatan awal mendapati modus operandi serangan siber itu bertujuan melumpuhkan semua infrastruktur digunakan Perkeso bagi operasi harian.

Show More

Related Articles

Back to top button