Berita Semasa

PM lancar kenderaan elektrik milik Weststar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Kenderaan Elektrik Weststar Maxus MIFA 9 di sini, semalam.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Weststar yang menyambut komitmen kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

“Ia juga seiring dengan matlamat kerajaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024, iaitu mempercepatkan penerimaan EV dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam pelbagai sektor.

“EV juga menjanjikan untuk menangani perubahan iklim kerana industri automotif menyumbang kira-kira satu perlima daripada pelepasan global,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan juga menyediakan dasar yang kukuh dan jelas terkait industri EV antaranya dengan melanjutkan pengecualian duti import bagi komponen EV pemasangan tempatan sehingga Disember 2027.

Selain itu katanya, kerajaan juga memberikan pengecualian cukai eksais dan jualan sepenuhnya kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) serta melanjutkan pengecualian duti bagi kenderaan import sepenuhnya (CBU) sehingga Disember 2025.

Pada masa sama katanya, kerajaan turut menawarkan potongan cukai sehingga RM300,000 untuk syarikat yang menyewa kenderaan elektrik bukan komersial dan mengecualikan cukai jalan untuk EV sehingga 31 Disember 2025.

 

Show More

Related Articles

Back to top button