Berita Semasa

Bantuan dari Malaysia untuk Palestin tiba di Mesir

PUTRAJAYA – Pesawat 9M-WCA yang membawa barang bantuan kemanusiaan dari Malaysia melalui Ops Ihsan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Al-Trish, Mesir hari ini.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, barangan tersebut tiba jam 8.25 pagi waktu tempatan,

“Mengikut laporan dari lapangan, barangan bantuan dari Malaysia ini telah dipindahkan ke lori-lori yang telah disediakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa terus ke Sempadan Pintu Rafah-Gaza.

“Insya-Allah jika tiada apa-apa halangan, semua barangan bantuan dari Malaysia ini akan sampai kepada rakyat Palestin di Gaza dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua atas bantuan dan sokongan termasuk doa yang tidak henti-henti untuk dipermudahkan segala urusan misi ini dan misi bantuan yang lain.

 

Show More

Related Articles

Back to top button