Jenayah & MahkamahBerita Semasa

Empat guni ganja ditemui di pantai Kuala Perlis

KANGAR – Sebanyak 123 ketulan mampat ganja yang diisi di dalam empat bekas guni ditemui terdampar di pesisiran pantai Kuala Perlis, kelmarin.

Ia dikesan kira-kira jam 10.30 pagi oleh pasukan rondaan terdiri daripada anggota Balai Polis Kuala Perlis, Unit Risik Marin Kedah/Perlis, Risik Kompeni D Batalion 2, Kuala Perlis serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, ganja dianggarkan seberat 123.4 kilogram itu dipercayai dibawa dari Thailand.

Katanya, pemantauan di sekitar lokasi tidak mengesan sebarang pergerakan kumpulan atau individu yang akan menghampiri barang kes itu.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM382,540 dan boleh digunakan oleh 248,000 penagih dadah.

“Kita percaya ia dibawa menggunakan jalan laut sebelum dipindahkan ke negara ini menggunakan jalan darat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengesan pihak yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button