Berita Semasa

“Beri ruang untuk saya dapatkan laporan penuh” – Saifuddin

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memaklumkan perkembangan terbaharu berhubung tindakan dua warga Rusia yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Buat masa ini, kata Saifuddin, beliau belum menerima laporan penuh mengenai insiden tersebut.

“Pramatang untuk saya berikan sebarang jawapan, bagi ruang untuk saya dapatkan laporan penuh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar mengenai pengurusan pekerja asing, di sini hari ini.

Sebelum ini, gambar dan video tindakan warga asing yang dipercayai warga Rusia itu menjadi tular setelah aksi tersebut dikongsikan oleh salah seorang individu yang terlibat di media sosial.

Laporan media hari ini melaporkan, pihak polis akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Imigresen mengenai keberadaan pasangan itu bagi mengenal pasti rekod keluar dan masuk mereka ke negara ini.

Show More

Related Articles

Back to top button