Berita Semasa

Ahli Parlimen kerajaan minta PM jelaskan isu DNAA Ahmad Zahid di Parlimen

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat bagi menoktahkan kritikan terhadap dirinya.

Permintaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen kerajaan, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK12 bagi 2023-2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya ada hak untuk percaya kepada apa yang pemimpin saya cakap… saya tidak akan campak pemimpin saya di bawah bas.

“Tetapi, untuk berlaku adil supaya sahabat-sahabat di blok pembangkang dan kami penyokong kerajaan, kami nak dengar dari PM sendiri supaya isu DNAA ini dinoktahkan juga di dewan ini,” kata Hassan.

Beliau turut menambah, sekiranya ia tidak dilakukan dalam masa terdekat, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) boleh berbuat demikian semasa sesi soal jawab perdana menteri (PMQ) pada sidang akan datang.

Show More

Related Articles

Back to top button