Nad Zainal, Ungku Ismail sah bergelar suami isteri
KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti popular, Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal sah bergelar suami isteri.
Nad, menerusi satu hantaran di Instagram, mengesahkan mereka bergelar isteri apabila memuat naik naik gambar bersama Ungku Ismail ketika majlis pernikahan berserta bukti mas kahwin berjumlah RM1,000.
“Alhamdulillah” tulis Nad ringkas.
Nad menyertakan tiga keping gambar termasuk gambar hantaran mas kahwin berbentuk emas RM1,000 yang ditulis atas namanya dan Ungku Ismail serta tarikh pernikahan pada 23 Januari lalu.
Sementara itu, tarikh pernikahan pasangan itu masih lagi menjadi tanda tanya, namun terdapat kemungkinan pasangan berkenaan bernikah pada tarikh dipaparkan iaitu 23 Januari lalu sempena 1 Rejab.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti seperti Ummi Nazeera dan Rozita Che Wan turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan mereka.
“Happy for you babe (gembira untuk awak sayang),” tulis pelakon Ummi Nazeera di ruangan komen IG Nad.
“Congrats (tahniah) Nanad (nama panggilan Nad),” tulis pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan.
Terdahulu, Nad mencetuskan spekulasi apabila memuat naik hantaran video berpimpin tangan berjalan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan dalam Instagram, sebentar tadi.