Politik

Rakyat mahu UMNO belajar sesuatu – Ketua Pemuda Terengganu

KUALA TERENGGANU – Ramai yang tidak mengundi UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) lepas bukan kerana bencikan parti tersebut, tetapi mahu parti orang Melayu itu mempelajari sesuatu sebelum terkubur.

Pandangan itu dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, perjuangan masih perlu diteruskan bagi memastikan UMNO khususnya di Terengganu bangkit semula dan kembali berjaya menawan hati pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“Memang perit dan pedih tetapi ubat yang pahit sahaja bakal menyembuh kesakitan ini. Rakyat tidak mengundi UMNO bukan membenci kita, tetapi ingin UMNO belajar sesuatu sebelum terkubur sendiri menjadi hantu,” katanya dalam hantaran tersebut, baru-baru ini.

Tengku Haphiz berkata, beliau dan pimpinan Pemuda Bahagian dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) turut berkongsi rasa dan mendengar pandangan akar umbi mengenai PRN Terengganu.

“Rata-rata pemuda bersetuju, ahli parti perlu diisi dengan taujihat (arahan berkaitan gerak kerja) seterusnya,” katanya lagi.

PRN Terengganu dan juga Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu menyaksikan semua calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding tewas kepada Perikatan Nasional (PN).

Show More

Related Articles

Back to top button