Politik

Asyraf Wajdi dilantik Setiausaha Agung UMNO

Azalina kini Ketua Penerangan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hari ini turut mengumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Ketua Penerangan.

Selain itu bekas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik sebagai Bendahari Agung dalam mesyuarat yang diadakan kali pertama selepas pemilihan parti minggu lalu.

Dalam pada itu, parti itu turut mengambil ketetapan untuk terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia dan komited untuk memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan ini demi kestabilan negara.

“UMNO turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular. Justeru menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

“UMNO beriltizam untuk membantu kerajaan melalui wakil-wakil parti dalam kerajaan untuk menangani isu peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button