Politik

Persidangan UMNO Bahagian Lahad Datu kecoh, penyokong bertumbuk atas pentas

LAHAD DATU – Persidangan UMNO Bahagian Lahad Datu di sini, hari ini, kecoh selepas berlaku insiden pergaduhan membabitkan penyokong calon bertanding.

Dalam video yang tular di media sosial itu, beberapa individu bertindak menaiki pentas ketika Ketua Bahagian UMNO Lahad Datu, Khalid Harun sedang berucap di Dewan Sri Perdana

Tindakan itu kemudian menyebabkan lebih ramai penyokong menaiki pentas sehingga tercetusnya pergaduhan dan kejadian bertumbuk di antara mereka.

Difahamkan, pergaduhan berpunca akibat provokasi daripada penyokong calon yang bertanding.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button